Sunday, December 27, 2009

AGM Kelab Debat dan Pidato UTeM

Perhatian kepada seluruh umat KDP UTeM...


AGM Kelab Debat dan Pidato UTeM 2009/2010


Tarikh : 7 Januari 2009
Hari : Selasa
Masa : 8.00 malam
Tempat : PPP, Kampus Induk, UTeM
Kehadiran : Ahli semasa KDP UTeM diwajibkan

Read more...

Thursday, October 8, 2009

Tahniah!


 Dari kiri : Nur Fadilah, Mohd Ezzudin, Naim Husni, Nurul Afiza dan Martin Dinil

Tahniah dan jutaan aprisiasi kepada pendebat-pendebat UTeM yang telah bergelar graduan UTeM 2009.
Segala sumbangan anda untuk universiti dalam industri debat tidak ternilai harganya. Teruskan khidmat anda!

Pendebat-pendebat tersebut ialah :
1. Naim Husni Bin Latif
2. Mohd Ezzudin Bin Saimi
3. Nurul Afiza
4. Nur Fadilah A. Rahman
5. Martin Dinil

Read more...

Wednesday, October 7, 2009

Pertandingan Pidato "Keselamatan dan Mahasiswa" Peringkat Kebangsaan Piala Menteri Pengajian Tinggi 2009

Peringkat Saringan
Tarikh : 10 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Hotel Residence, UNITEN, Bangi

Peringkat Akhir
Tarikh : 18 Oktober 2009 (Ahad)
Masa : 8.00 - 10.30 malam
Tempat : PICC, Putrajaya

Tajuk Peringkat Saringan
1. Konsep 1Malaysia Asas Pembentukan Keselamatan Insan
2. Keselamatan Negara Bukan Lagi Berbentuk Tradisional
3. Keselamatan Insan Tunjang Keselamatan Negara
4.Keselamatan Ekonomi Nadi Kemaslahatan Masyarakat
5. Kecukupan Makanan dan Cabaran Terhadap Keselamatan Negara
6. Relevansi Pendidikan dalam Keselamatan Negara
7. Global Warming dan Keselamatan Negara
8. Keselamatan Serantau dalam Konteks Globalisasi
9. Keselamatan Negara dan Pembangunan Demokrasi
10. Terrorism dan counter-terrorism

Semoga berjaya untuk wakil UTeM dalam pertandingan kali ini...

Read more...

Tuesday, October 6, 2009

Pengumuman Terkini!

Tahniah!

Tahniah kepada pendebat-pendebat UTeM yang telah bergelar lepasan ijazah sarjana muda dan diploma baru-baru ini!




 Penyertaan secara online!

Untuk makluman anda semua, pihak KDP UTeM telah menyediakan ruangan untuk memudahkanmahasiswa-mahasiswa UTeM yang berminat untuk menyertai kelab ini, iaitu mengisi borang secara online. Anda boleh tekan pautan borang yang terletak di sebelah kiri dan atas sekali di blog ini.


Bengkel Debat Siri 2 dan AGM KDP UTeM 2009/2010

Bengkel dan AGM akan dijalankan secara serentak pada hujung minggu ini. Jadi, pihak kelab mengalu-alukan penyertaan lebih ramai pihak yang terbabit di bengkel ini nanti.

Read more...

Monday, October 5, 2009

Bengkel Debat 2009 Siri 2


Assalamua'laikum wbt


Minggu ini bakal diadakan Bengkel Debat UTeM 2oo9. Dengan kemunculan khas fasilitator dari pelbagai negeri dalam Malaysia, bengkel ini dijangka memberi penekanan mengenai perdebatan kepada para pesertanya... Sebarang pertanyaan mengenai program dialu-alukan.


Read more...

Monday, August 10, 2009

Usul Debat Kemerdekaan 2009

GAGASAN SATU MALAYSIA.
Kita perlukan 1 Malaysia
Satu Malaysia Asas Perpaduan
Satu Malaysia : Penerusan Bukan Pembaharuan
Satu Malaysia : Rakyat Penentu Pencapaian
Gagasan 1 Malaysia : Pemangkin Pembangunan Negara

POLITIK.
Kekalutan politik memecahbelahkan rakyat.
Negara bangsa : Kita semakin jelas.
Semangat patriotisme penentu kejayaan Negara.
Politik baru, resipi kelestarian negara.
Politik kampus menjadikan mahasiswa lebih berintegriti
Pengundi Malaysia masih belum bijak
Pemimpin kita tidak menghayati sejarah
Negara memerlukan lebih ramai pemimpin wanita

PENDIDIKAN.
Kembali ke bahasa melayu : keputusan terbaik kita.
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan melahirkan pelajar patriotik
Sekolah satu aliran wadah pembentukan Negara bangsa.
Matapelajaran sejarah perlu dipanjangkan.
Memupuk semangat perpaduan: tanggungjawab sekolah.

ISU KEMERDEKAAN.
Kemerdekaan Negara dihargai
Sambutan hari kemerdekaan hanya ikut-ikutan.
Kemerdekaan membawa kebebasan.

SOSIAL.
Integriti membina perpaduan.
Perpaduan asas mencapai status Negara maju.
Media alternatif mengancam perpaduan.
Upin dan Ipin: menifestasi perpaduan kita.
Bandaraya warisan dunia: Simbol Penghayatan Sejarah.
Semangat Patriotisme : Industri Perfileman perlu lebih aktif.
Kita perlu lebih liberal demi perpaduan.
Isu Perpaduan, pihak swasta lepas tangan
Sejarah kita disalah guna
Khazanah Arkib : Kenal tapi tak cinta

EKONOMI.
Subsidi masih relevan
Wilayah pembangunan ekonomi: hangat-hangat tahi ayam
Krisis ekonomi mengugat kestabilan perpaduan negara

Read more...

Tuesday, June 30, 2009

Selamat Datang dan bertemu kembali!

Bertemu kembali di semester baru dengan semangat baru dan azam baru. Kenangan pahit kita lupakan, keburukan dan kelemahan dijadikan sempadan, dan perkara yang tidak elok serta mendatangkan keburukan sama ada kepada individu ataupun kolektif kita atasi dan buang jauh-jauh. Selamat datang juga kepada para pelajar baru yang memasuki UTeM bagi sesi 2009/2010. Ingatlah, hidup ini penuh liku, onak dan duri. Tiada perkara yang begitu mudah ibarat bulat datang bergolek, pipih datang melayang. Semua perkara memerlukan usaha yang bersesuaian, dan tiada kejayaan tanpa usaha yang kuat, hatta dalam perdebatan. Selamat menempuh alam pelajaran dan pembelajaran yang lebih tinggi dan mencabar, serta selamat berusaha!

Read more...

Usul Debat Alam Sekitar 2009

Pusingan 1 : Penerokaan Hutan Membawa Faedah

Pusingan 2 : Penggunaan Pembungkus Plastik Perlu DIHaramkan

Pusingan 3 : "Earth Hour" Perlu DiTeruskan

Pusingan 4 : Kereta Hibrid Hanya Menguntungkan Pengeluarnya

Pusingan 5 : Dunia Memerlukan Teknologi Biofuel

Pusingan 6 : Perdagangan Karbon Menjual Alam

Suku Akhir : Penguatkuasaan Undang-undang Alam Sekitar Lebih Efektif Daripada Insentif Ekonomi

Separuh Akhir :
Pencinta Alam Sekitar Cuma Bertepuk Sebelah Tangan

Akhir :
Masalah Alam Sekitar : Agenda Politik Mesra Alam Adalah Jawapannya

Read more...

Monday, June 15, 2009

Sekilas Pandang Debat Perpaduan & Integrasi Nasional 2009

1. Perjuangan yang penuh dengan semangat jitu telah ditunjukkan oleh para pendebat UTeM yang terdiri daripada 4 perwira-Martin Dinil, Naim Husni, Hong Fai dan Shaiful Bakhtiar ke arah menyemarakkan semangat perpaduan.

2. Semangat perpaduan ini telah ditonjolkan dengan begitu berkobar-kobar sepanjang perjuangan mereka di Debat Perpaduan & Integrasi Nasional yang berlangsung di UNIMAS pada 12 Jun 2009.

3. Berikut merupakan keputusan yang diperoleh di kejohanan liga :


Pusingan 1

[UTeM] Kerajaan vs. [UNISEL] Pembangkang

Usul : Globalisasi Menggugat Jati Diri Generasi Muda
Pendebat Terbaik : Naim Husni ( Timbalan Perdana Menteri UTeM)
Margin : 7
Juri : 3-0
Keputusan Usul : Diterima (Kemenangan kepada UTeM)

Pusingan 2

[UTeM] Kerajaan vs. [UTM] Pembangkang

Usul : Perpaduan Kaum : Teras Gagasan Satu Malaysia
Pendebat Terbaik : Naim Husni ( Timbalan Perdana Menteri UTeM)
Margin : 2.5
Juri : 2-1
Keputusan Usul : Diterima (Kemenangan kepada UTeM)

Pusingan 3

[UM] Kerajaan vs. [UTeM] Pembangkang

Usul : Perpaduan Kaum Bukan Sekadar Retorik
Pendebat Terbaik : Azzairi ( Timbalan Perdana Menteri UM)
Margin : 5.3
Juri : 3-0
Keputusan Usul : Diterima (Kemenangan kepada UM)

Pusingan 4

[UNITAR] Kerajaan vs. [UTeM] Pembangkang

Usul : Demi Kestabilan Negara, ISA Perlu Dipertahankan
Pendebat Terbaik : Aizuddin ( Timbalan Perdana Menteri UNITAR)
Margin : 1
Juri : 3-0
Keputusan Usul : Diterima (Kemenangan kepada UNITAR)

Pusingan 5

[UIAM] Kerajaan vs. [UTeM] Pembangkang

Usul : Rukun Negara Hanya Hafalan, Bukan Amalan
Pendebat Terbaik : Martin Dinil ( Ketua Pembangkang UTeM)
Margin : 3
Juri : 2-1
Keputusan Usul : Ditolak (Kemenangan kepada UTeM)

Pusingan 6

[KUIS] Kerajaan vs. [UTeM] Pembangkang

Usul : Demonstrasi Jalanan Menggugat Kestabilan Negara
Pendebat Terbaik : Martin Dinil ( Ketua Pembangkang UTeM)
Margin : 2.33
Juri : 3-0
Keputusan Usul : Ditolak (Kemenangan kepada UTeM)

4. Dengan margin sebanyak 8.53 dan juri sebanyak 10, pasukan debat UTeM telah berjaya menempatkan pasukan di kedudukan ke-8 daripada 26 pasukan sekaligus melayakkan mereka meneruskan perjuangan ke peringkat suku akhir.

Read more...

Wednesday, June 10, 2009

Peserta Debat Perpaduan & Integrasi Nasional 2009

1. Maka, akan berlangsunglah Debat Perpaduan & Integrasi Nasional 2009 di Unimas, Sarawak pada 12 Jun ini.

2. Kelab Debat & Pidato Bahasa Melayu UTeM mengucapkan selamat berjuang di arena perdebatan. Semoga kejayaan akan berjaya dirangkul oleh kita semua.

3. Berikut adalah senarai peserta yang akan mewakili UTeM ke pertandingan ini :

  • Martin Dinil
  • Kong Hong Fai
  • Naim Husni bin Latif
  • Shaiful Bakhtiar bin Rodzman










Read more...

Monday, June 8, 2009

Artikel wajib baca sebelum ke Debat Perpaduan 2009 : Kontrak Sosial Malaysia


KONTRAK SOSIAL MALAYSIA


1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya.

44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan terhadap kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah dan UMNO harus dipertanggungjawabkan.

Read more...

Sunday, June 7, 2009

Perlawanan Persahabatan UTeM-UM

1. 5 Jun 2009 menyaksikan terpahatnya memori manis bagi kami warga Kelab Debat & Pidato UTeM kerana pada tanggal inilah berlangsungnya perlawanan persahabatan antara kontigen debat UTeM dengan UM.

2. Perlawanan yang begitu mesra & mantap ini mengambil tempat di bilik latihan Kelab Orator UM yang begitu kondusif, sesuai sebagai tempat latihan yang komprehensif.

3. Buat warga Kelab Orator UM, kami ucapkan terima kasih kerana sudi menyambut kedatangan kami. Diharapkan, kerjasama ini akan diteruskan demi kebaikan kita bersama ke arah memeriahkan industri debat tanah air.

4. Bagi menunjukkan kepada semua kenangan-kenangan indah yang berlaku sepanjang perlawanan persahabatan ini, maka disusulkan beberapa gambar untuk tatapan bersama.














Read more...

Wednesday, June 3, 2009

Senarai Usul Debat Perpaduan & Integrasi Nasional 2009

1. Memartabatkan Bahasa Malaysia : PPSMI Wajar Dihapuskan
2. Demi Kestabilan Negara, ISA Perlu Dipertahankan
3. Perpaduan Kaum: Teras Gagasan 1 Malaysia
4. Blog Menjejaskan Keharmonian Kaum
5. 52 Tahun Merdeka: Penggunaan Bahasa Malaysia Terus Diperkasakan
6. Kekerapan Pilihanraya Kecil: Agenda Politik Semata
7. Perlembagaan Kita Sudah Tidak Lagi Dijunjung
8. Perpaduan Kaum Bukan Sekadar Retorik
9. Mahasiswa Penggerak Utama 1 Malaysia
10. Integrasi Nasional Asas Pembangunan Negara
11. Rukun Negara Hanya Hafalan, Bukan Amalan
12. Isu Perpaduan : Wawasan 1 Malaysia Adalah Jawapannya
13. Rakyat Perlu Lebih Peka Dalam Menangani Isu Perpaduan
14. Undang-undang Kita Mampu Menangani Masalah Perpaduan Nasional
15. Masalah Perpaduan Negara: Ahli Politik Puncanya
16. Senario Politik Semasa Menggugat Semangat Perpaduan
17. Perpaduan Menjamin Kemajuan Negara
18. Ancaman Subversif : ISA Penawarnya
19. Demi Perpaduan : Sekolah Jenis Kebangsaan Wajar Dihapuskan
20.Latihan Khidmat Negara : Strategi Berkesan Memupuk Semangat Patriotisme
21. Media Lebih Mementingkan Keuntungan Daripada Kestabilan Negara
22. Demi Keharmonian Negara, Kewujudan Media Alternatif Wajar Disekat
23. Isu Perpaduan Kaum Perlu Ditangani Secara Terbuka
24. Pengukuhan Penggunaan Bahasa Inggeris Tidak Menggugat Jatidiri Rakyat Malaysia
25. Ketidakseimbangan Etnik Dalam Sektor Swasta: Salah Mereka
26. Perpaduan Kaum Semakin Meningkat Selepas 52 Tahun Negara Merdeka
27. Kestabilan Ekonomi Lebih Penting Daripada Kestabilan Politik Untuk Mencapai Perpaduan Nasional
28. Perpaduan Negara : Ancaman Dari Luar Negara Lebih Merbahaya
29. Pembahagian Kekayaan Negara : Tiada Kaum Yang Terpinggir
30. Demontrasi Jalanan Menggugat Kestabilan Negara
31. Kepelbagaian Rakyat Malaysia Aset Negara
32. Institusi Keluarga Gagal Menyemai Semangat Perpaduan
33. Malaysia Adalah Model Terbaik Dalam Menguruskan Hubungan Kaum
34. Globalisasi Menggugat Jati Diri Generasi Muda

Read more...

Video wajib tonton sebelum ke Debat Perpaduan 2009



Di atas adalah channel Youtube mujahidsejati yang memaparkan video Debat Perdana Isu Perpaduan Kaum yang disiarkan di RTM 1 beberapa tahun yang lalu. Adalah diharap rakan-rakan dapat meluangkan masa untuk menonton video di dalam channel di atas ini untuk memahami tentang perpaduan di Malaysia dari perpekstif ahli politik,ahli akademik dan intelektual. semoga ia dapat membantu menyediakan kita untuk ke Debat Perpaduan di UNIMAS nanti.

Read more...

TERKINI USUL DEBAT PENGGUNA 2009

Usul ini adalah selepas draf dan usul ini sudah diedarkan bermula 1 JUN 2009
1. AKTA OKU menjamin kualiti hidup OKU.
2. Sistem Pengangkutan Awam di Malaysia tidak mesra OKU.
3. NGO efektif mendidik pengguna.
4. Krisis ekonomi mengancam keselamatan produk.
5. Kelemahan perancangan bandar punca kesesakan lalulintas.
6. Pengguna di Malaysia sedar.
7. Iklan meningkatkan penggunaan tidak lestari.
8. FSC memastikan khazanah hijau kekal.
9. Kepentingan ekonomi di hadapan: Tanggungjawab sosial di belakang.
10. Bahan api bio penyebab krisis makanan dunia.
11. Pengeluar makanan di Malaysia tidak mementingkan keselamatan produk.
12. Iklan mendidik pengguna.
13. Petani di Malaysia tidak mendapat harga yang patut.
14. Iklan makanan ringan sekadar gimik.
15. Langkah pengurangan gas rumah hijau di Malaysia tidak berkesan.
16. Mitigasi pemanasan global di Malaysia tidak berjaya.
17. Pengurusan 3R di Malaysia: cakap tak serupa bikin.
18. Sikap tidak lestari punca kekurangan air bersih.
19. Botol susu plastik wajar diharamkan.
20. Pembangunan lereng menyebabkan tanah runtuh.
21. Sisa eletrik dan eletronik: Penguatkuasaan undan-undang jawapannya.
22. Pensijilan MSC mampu memastikan sumber makanan laut berterusan.
23. Ibubapa punca anak-anak menjadi pengguna yang tidak bijak.
24. Pengguna Malaysia: Kerbau dicucuk hidung.
25. Virus H1N1 keranamu pengguna.
26. Pengguna Malaysia perlukan perubahan gaya hidup.


Sumber : Debat UTHM

Read more...

Monday, June 1, 2009

Amanat Penghujung Semester

Buat semua ahli Kelab Debat & Pidato UTeM, sempena dengan pembukaan semester baru yang akan datang, beberapa transformasi akan dilakukan dan akan dimaklumkan pada semester hadapan. Sempena dengan transformasi yang bakal dilakukan ini, kita juga akan melakukan liberalisasi dalam organisasi dan pemilihan wakil-wakil ke pertandingan debat intervarsiti. Liberalisasi ini akan berkuat kuasa pada semester hadapan, dan antara liberalisasi yang akan berlaku ialah pemilihan wakil-wakil pertandingan debat intervarsiti semester hadapan. 

Liberalisasi ini merangkumi keterbukaan kepada semua tanpa mengira lama mahupun baharu, yang kita titik beratkan ialah kebolehan, tanggungjawab, kesedaran dan pengorbanan. Jadi, kepada semua ahli dan bakal ahli KDP, berusahalah dengan gigih mulai sekarang, bahagikan masa dengan bijak dan fokus betul-betul pada sasaran anda. Kalau sudah ada yang terbaik berdasarkan kriteria-kriteria ini, di mana keputusan ini akan ditentukan oleh jurulatih yang dipercayai oleh pihak pengurusan universiti, maka sebarang perasaan tidak puas hati tidak akan ditimbulkan oleh sesiapapun, termasuklah diri sendiri mudah-mudahan. Pesanan ini sebenarnya untuk memberi bayangan bagaimana transformasi dan liberalisasi pada masa akan datang.

Penutup semester ini agak mencabar kerana berlaku perubahan mendadak kerana pengurusan pasukan debat mengalami transformasi yang mengejutkan dengan ramai pendebat sudah manamatkan tahun akhir mereka di universiti ini. Sekarang, transformasi berlaku dengan peralihan tunggak pasukan debat daripada senior kepada junior mulai semester akan datang. Jadi, konsep liberalisasi ini amat tepat dengan keadaan sekarang dan akan datang di mana kemasukan pelajar-pelajar baru akan menjadi pelapis kepada organisasi debat akan datang. Sebarang kegiatan pemilihan pasukan debat untuk pertandingan akan diumumkan dan jemputan akan dilakukan untuk semua yang berminat dalam kelab debat untuk menyertai pemilihan ini, tanpa mengira latar belakang dan pengalaman.

Program debat terdekat ialah Debat Perpaduan 2009, Debat Kepenggunaan 2009, dan Promosi Minggu Haluan Siswa 2009/2010. Harapan saya agar kita semua boleh melakukan yang terbaik untuk menggerakkan dan memajukan kelab dengan lebih jauh lagi. Fokus perdebatan akan datang bukan sahaja pertandingan, bahkan hubungan baik KDP dengan kelab-kelab debat universiti lain dalam bentuk perlawanan persahabatan untuk menimba pengalaman.

Pesanan untuk semua legasi Kelab Debat & Pidato UTeM, sama-samalah kita memperbaiki diri kita dan menjadi lebih baik untuk masa akan datang. Kurangkan kerenah birokrasi dan penilaian atau hukuman melulu kerana apa yang berlaku sekarang, sudah tidak sama sebelum cuti semester dahulu, serta apa yang berlaku pada masa akan datang, tidak semestinya sama dengan masa sekarang. Jangan hanya menilai berdasarkan pendapat satu pihak kerana pandangan satu pihak hanya satu penilaian, pendapat dua atau lebih pihak merupakan penilaian yang lebih layak dan berhak.

Selamat berkuliah dan selamat memasuki semester baru. Kepada ahli yang telah bekerja, selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab anda yang baru dipikul. Sama-samalah kita ikhlaskan niat dan betulkan langkah yang sudah tersilap selama ini.


Presiden Kelab Debat & Pidato Bahasa Melayu UTeM

Read more...

Saturday, May 30, 2009

Sekilas Pandang Debat Integriti 2009


1. Debat Integriti 2009 kali ini berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

2. Pentas perdebatan menyaksikan ramai bakat-bakat muda dan baru mencurahkan aksi-aksi mantap sekaligus mengesahkan pentas debat IPT tidak pernah kekeringan bakat sebagai pewaris diva-diva debat yang hebat.

3. UTeM juga tidak ketinggalan dalam mengikut trend yang sama dengan meletakkan barisan pendebat baru (kecuali Saiful & Syakir).

4. Setelah lebih kurang 4 hari bermastautin di UTM dengan menikmati makanan yang sedap dan asrama yang selesa, akhirnya UiTM 1 dinobatkan sebagai Johan manakala UKM 1 berpuas hati sebagai Naib Johan.

5. Berikut adalah sekilas pandang tentang perjuangan para pendebat UTeM di Debat Integriti ini.



Pusingan Pertama

Tajuk : Perkhidmatan Awam di Malaysia Cekap
Perlawanan : UTeM (kerajaan) vs. UPNM 1 (pembangkang)
Margin : 6.66
Juri : 3-0
Pendebat Terbaik : Wan Mohd Ghazly (UPNM 1)
Usul : Ditolak


Pusingan Kedua

Tajuk : PIN Teras Kemajuan Negara
Perlawanan : USIM 2 (kerajaan) vs. UTeM (pembangkang)
Margin : 2
Juri : 2-1
Pendebat Terbaik : Mohd Azri (USIM 2)
Usul : Ditolak


Pusingan Ketiga

Tajuk : Harga Barang Tanggungjawab Peniaga
Perlawanan : UKM 2 (kerajaan) vs. UTeM (pembangkang)
Margin : 3.6
Juri : 3-0
Pendebat Terbaik : Norkhairiah (UKM 2)
Usul : Diterima


Pusingan Keempat

Tajuk : Youtube Menjejaskan Integriti
Perlawanan : UTeM vs. UTHM 2
Margin : 1.5
Juri : 3-0
Pendebat Terbaik : Syamsul (UTHM 2)
Usul : Ditolak


Pusingan Kelima

Tajuk : Integriti Media Teras Keharmonian Kaum
Perlawanan : UTHM 1 vs. UTeM
Margin : 3
Juri : 3-0
Pendebat Terbaik : Janifal (UTHM 1)
Usul : Diterima


Pusingan Keenam

Tajuk : Program Penerapan Modal Insan Telah Berjaya
Perlawanan : UTeM vs. SWING
Margin : 4
Juri : 3-0
Pendebat Terbaik : Syareman (UTeM)
Usul : Diterima


6. Berikut pula adalah gambar-gambar bagi menggambarkan memori pasukan debat UTeM di Majlis Makan Malam pada malam pertama di Debat Integriti tersebut.











Read more...

Sunday, May 10, 2009

Peserta Debat Perdana Integriti 2009

Berikut merupakan  senarai peserta terkini ke Pertandingan Debat Perdana Integriti 2009 :


  1. NORSYAREMAN BIN CHE AZMI
  2. NOR SYUHADA BINTI CHE KHALID     
  3. SHAIFUL BAKHTIAR BIN RODZMAN
  4. AHMAD IBRAHIM BIN YAZIRRUDDIN
Senarai peserta ini dikemaskinikan pada 10 Mei 2009

Read more...

Saturday, April 25, 2009

Usul Debat Perdana Integriti 2009

1.Harga barang tanggungjawab peniaga
2.Wawasan 2020 sukar dicapai
3.Isu rasuah: NGO lepas tangan
4.Mengatasi jenayah kolar putih: kita tidak bersatu
5.PIN: Kita masih kabur
6.Rasuah di Malaysia di tahap membimbangkan
7.Ahli politik telus dalam menangani isu rasuah
8.Sektor swasta : keuntungan mengatasi integriti
9.Politik Malaysia tidak telus
10.Politik wang masih relevan
11.Demokrasi di Malaysia semakin subur
12.Integriti: Penyelesaian kepada krisis ekonomi
13.Sistem pengurusan di Malaysia sudah cekap
14.Politik wang: beri salah tak beri kalah
15.Kurikulum pengajian tinggi berjaya melahirkan modal insan berintegriti
16.Youtube menjejaskan integriti
17.Undang-undang mekanisme terbaik memerangi rasuah
18.Pendidikan integriti lebih berkesan di sekolah
19.Malaysia perlukan indeks rasuahnya sendiri
20.Budaya “blogging” membentuk budaya tidak berintegriti
21.Siaran langsung penuh sidang parlimen perlu
22.TEKAD 2008 hanya tinggal kenangan
23.Insentif yang lebih menjanjikan penjawat awam yang lebih progressif
24.Amalan tadbir urus korporat menjamin kecemerlangan ekonomi
25.Warga tua di malaysia terabai
26.Kerenah birokrasi punca amalan salah guna kuasa
27.Pengurusan tatatertib yang lemah mengakibatkan kemerosotan integriti
penyampaian khidmat awam
28.Piagam pelanggan adalah mitos atau realiti
29.ISO menjamin kualiti perkhidmatan
30.Etika perniagaan bermula dengan pengguna yang bijak
31.Negara maju, remaja berintegriti
32.Peranan masyarakat boleh menyelesaikan jenayah rasuah
33.Rasuah di malaysia: sejauh mana kejayaannya
34.Sistem pendidikan negara menyemai perpaduan kaum
35.Program penerapan modal insan telah berjaya
36.Peguam di malaysia amalkan integriti
37.Politik stabil kerana integriti
38.Sistem penghakiman kita sudah telus
39.Penyelesaian rasuah terletak di tangan masyarakat

Read more...

Wednesday, April 15, 2009

Peserta Pertandingan Debat

Debat Perdana Integriti 2009

Pasukan A
1. MARTIN DINIL
2. NORSYAREMAN BIN CHE AZMI
3. FADILAH BT A. RAHMAN
4. NAIM HUSNI BIN LATIF

Pasukan B
1. AHMAD SYAKIR BIN WAHID
2. SHAIFUL BAKHTIAR BIN RODZMAN
3. AHMAD IBRAHIM BIN YAZIRRUDDIN
4. NOR SYUHADA BINTI CHE KHALID


*Untuk Pertandingan Debat Perpaduan dan Pertandingan Debat Kepenggunaan akan dimaklumkan kemudian
*Berdasarkan perbincangan pada 14 April 2009
*Dikemaskini pada 16 April 2009

Read more...

Saturday, April 11, 2009

Perjuangan Terdekat


Assalamua'laikum dan salam sejahtera. Bermula 13 hb April 2009, peperiksaan akhir semester 2 2o08/2010 akan bermula sehingga 10 hb Mei 2009. Maka, pihak KDP mengucapkan selamat berjaya buat semua pelajar UTeM. Namun demikian, kita tidak patut lupa dan alpa terhadap perjuangan yang terdekat iaitu :


Pertandingan Debat Perdana Integriti 2009
Tarikh: 15-19 Mei 2009 Tempat: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)


Pertandingan Debat Terbuka Arau 2009 (tiada penyertaan)
Tarikh: 25 - 30 Mei 2009 Tempat: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis


Pertandingan Debat Perpaduan 2009
Tarikh: 12-16 Jun 2009 Tempat: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)


Pertandingan Debat Kepenggunaan FOMCA 2009
Tarikh : 18 - 21 Jun 2009 Tempat : Universiti Tun Hussein Onn

Pertandingan Debat Alam Sekitar 2009
Tarikh : 24 -29 Julai 2009 Tempat : Universiti Teknologi Petronas (UTP)


Maka, latihan intensif akan diatur. Jadual latihan akan dimaklumkan kemudian. Harap maklum..



Read more...

Wednesday, April 1, 2009

Perancangan KDP sem 1 2009/2010

Mei
1. Pertandingan Debat Perdana Integriti 2009
2. Pertandingan Debat Terbuka Arau 2009

Jun
1. Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2009
2. Pertandingan Debat Kepenggunaan FOMCA 2009

Julai
1. Promosi MHS
2. Taa'ruf Debat 2009/2010
3. Pertandingan Debat Alam Sekitar 2009 (belum dimaklumkan lagi)

Ogos
1. Perlawanan Persahabatan UTeM - UiTM Melaka
2. Pertandingan Pidato Kemerdekaan UTeM 2009
3. Pertandingan Debat Kemerdekaan Intervarsiti 2009

September
1. Bengkel Debat UTeM Siri 2 2009
2. Pertandingan Debat Terbuka UTeM 2009

Oktober
1. Pertandingan Debat Interfakulti Piala Naib Canselor 2009
2. Majlis Aprisiasi KDP 2009

November
1. Pertandingan Debat Piala Diraja 2009

Perancangan Latihan
1. Bulanan : 2 kali
2. Pemantauan Prestasi Pasukan Debat oleh Alumni Debat UTeM : 1 atau 2 bulan sekali

*Kali terakhir dikemaskini pada 14 April 2009

Read more...

Keputusan DINISLAM 2009

Keputusan Peringkat Akhir

Usul : Boikot Produk AS & Israel : Kita Tidak Sepakat

Kerajaan : Kumpulan D

Perdana Menteri : NORAFIFA BINTI KHAIRI
Timbalan Perdana Menteri : MUHAMMAD FAIZAL HAKIM BIN ABDUL AZIZ
Menteri Pertahanan : SHAIFUL BAKHTIAR BIN RODZMAN

Pembangkang : Kumpulan C

Ketua Pembangkang : AHMAD SYAKIR BIN WAHID
Timbalan Ketua Pembangkang : MOHD EZZUDIN BIN MAT SAIMI
Pembangkang Pertama : ANITA BINTI BERAHIM




Juri : 3 - 0
Keputusan : Usul Ditolak
Pendebat Terbaik : AHMAD SYAKIR BIN WAHID

Pendebat Terbaik Liga : Fadilah Binti A. Rahman

Tempat Ketiga : Kumpulan A


Tahniah untuk Kumpulan C atas kemenangan. Untuk yang lain, teruskan perjuangan dalam perdebatan. Terima kasih juga untuk Jawatankuasa DINISLAM 2009, Penyelaras KDP Puan Idamurni, kakitangan bertugas Cik Aznina dan semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Read more...

Sunday, March 29, 2009

Bengkel Taklimat SMP 29 Mac 2009

Terdapat bengkel taklimat mengenai Sistem Maklumat Pelajar pada 29 Mac 2009 di Dewan Siber, Kampus Industri, UTeM anjuran Pusat Komputer. Seluruh presiden kelab bawah President Council (PRESCO) telah dijemput hadir ke bengkel ini. Semua peserta telah diberi penerangan mengenai kegunaan SMP untuk merekod dan memaparkan data aktiviti pelajar untuk kegunaan dan kebaikan pelajar. Sesi soal jawab telah berlaku antara presiden KDP, FICTs dengan Pengarah Pusat Komputer sendiri lebih-lebih lagi mengenai kehadiran pelajar dalam SMP menggunakan kad matrik dalam aktiviti-aktiviti kelab. Program ini bermula pada pukul 9.30 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari.

Read more...

Thursday, March 19, 2009

Jadual DINISLAM 2009

Tarikh & Peringkat

Masa & Usul

Pasukan & Tempat

K

P

21 Mac 2009

Saringan

8.30 pagi

Rasuah di Malaysia : Kita Sudah Berjaya

A – B

BK 11

A

B

C – D

BK 13

C

D

10.20 pagi

Obama Harapan Baru Dunia Islam

E – A

BK 11

E

A

B – C

BK 13

B

C

11.50 pagi

Jawapan Terbaik Adalah Dinar Emas

C – A

BK 11

C

A

D – E

BK 13

D

E

2.30 petang

Subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral : Remaja Tidak Peduli

D – B

BK 11

D

B

E – C

BK 13

E

C

22 Mac 2009

Saringan

8.30 pagi

Penerapan Modal Insan : Tunjang Kemajuan Ummah

A – D

BK 11

A

D

B – E

BK 13

B

E

22 Mac 2009 Separuh Akhir 1

10.50 pagi

Krisis Palestin : Kita Masih Tidak Bersatu

BELUM DITENTUKAN

BK 13

22 Mac 2009 Separuh Akhir 2

11.50 pagi

Kuasa Veto Mengancam Keamanan Dunia

22 Mac 2009

Akhir

8.00 malam

Boikot Produk AS dan Israel: Kita Tidak Sepakat

Kafeteria Kampus Industri, UTeM


K - Kerajaan P - Pembangkang

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP