Wednesday, January 13, 2010

Khas untuk Bakal Calon @ Calon Pemilihan MPP UTeM 2009/2010

Assalamua'laikum dan salam sejahtera.

    Diharapkan kepada pihak yang berkenaan, semoga mengambil perhatian dengan perkara yang bakal disampaikan ini.


    Tidak lama lagi, akan berlaku pemilihan MPP UTeM untuk sesi ini. Pihak KDP UTeM amat mengharapkan agar calon-calon MPP dapat memanfaatkan sudut pidato yang telah pun ada di Pusat Persatuan Pelajar (PPP) untuk mengasah dan melatih kredibiliti diri anda apabila mengadakan rapat umum mahupun kempen.


   Selalunya, apa yang berlaku ialah calon-calon MPP yang lepas kebanyakan dan majoriti gagal memanfaatkan ruang yang ada. Kebanyakan mereka takut untuk berkempen berhadapan dengan para pelajar, sebaliknya hanya mengharapkan rakaman video yang diulang tayang dan poster-poster bisu yang digantung untuk mempromosikan diri mereka.


   Harapan pihak KDP UTeM kali ini, semoga pemilihan kali ini merupakan pemilihan yang hidup suasananya, tidak bisu kempennya dan tidak bosan untuk diikuti oleh para pengundinya. Jika anda hendakkan undi para pelajar, anda sendiri perlu mendedahkan diri dan rapat dengan pelajar. Biarlah para pengundi mengundi kerana tahu siapa anda, jangan kerana hanya rupa anda, bukan kerana bangsa anda semata, bukan hanya  calon ditanda semata-mata atas arahan pihak universiti sahaja, bukan kerana nasib anda. Biarlah kali ini andalah calon-calon MPP yang diyakini karismanya, diketahui kredibilitinya dan dibenci kerana kesungguhan dan kelebihan anda. Kalau sedemikian, maka andalah calon pilihan, bukannya calon yang "terpilih" seperti kebanyakan pihak-pihak yang lepas.


   Kalau anda perlukan bantuan dan khidmat nasihat mengenai penyampaian, anda boleh rujuk kepada pihak kami. Kami sedia membantu anda...

~Biro Pengurusan Pendebat~

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP