Sunday, January 31, 2010

Pasca Debat Terbuka UTeM

Syukur, debat terbuka UTeM akhirnya melabuhkan tirai dengan jayanya pada petang tadi. Selaku barisan juri dan juga alumni debat UTeM sekalung aprisiasi yang tidak terhingga buat mereka yang bertungkus lumus menjayakan siri debat ini. Tanpa usaha yang tekun saya percaya pertandingan debat ini tidak mampu dilaksanakan seperti yang direncana. Tambahan pula waktu persediaan yang cukup terhad dan segala tribulasi yang diharungi, pastinya memerlukan ketabahan dan kegigihan yang jitu kepada warga kerja pelaksana dan pengerak. Tahniah dan terima kasih sekali lagi.

Buat peserta-peserta debat kali ini, bagi saya tiada siapa diantara anda yang kalah. Anda semua telah menang dan menjadi juara! Perhatilah betapa sebanarnya anda semua telah menerobos sempadan diri anda. Dalam waktu hujung minggu yang rata-ratanya ramai daripada kalangan kenalan-kenalan anda berhibur dan merehatkan diri, anda bangun dan keluar daripada zon selesa. Anda mengerah minda dan jasmani anda untuk berfikir dan bereksperimantasi dengan tahap kekuatan nilai keintelektualan anda. Hasilnya, anda mampu melakukannya. Lihatlah jika sebelum ini anda pastinya tidak pernah dengan begitu serius membicarakan dan menzahirkan pemikiran anda dengan mengupas isu-isu yang berat, tapi kini anda telah buktikan yang anda mampu melakukannya!

Bagi pihak jawantankuasa kehakiman dan teknikal perdebatan(tidak ada secara rasmi), saya percaya, mutu penghakiman kali ini amat memuaskan namun masih ada ruang yang perlu kita perbaiki. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En Arman, En Azhar dan En Faizal yang sudi melapangkan masa dan buah fikiran sepanjang menjadi hakim dalam siri debat kali ini. Kehadiran pegawai-pegawai ini telah menjadi faktor pengimbang yang secara terus memastikan penghakiman kali ini adalah telus dan berintergriti. Adalah diharapkan tidak ada cakap-cakap belakang yang mengatakan pihak juri telah mengatur gerak pertandingan debat terbuka ini.

Secara keseluruhannya, saya percaya, sudah tiba masanya untuk UTeM mula menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah untuk pertandingan intervarsiti. Kita telah mempunyai prasarana dan sumber manusia yang cukup dan berkebolehan untuk mengurus dan menjayakan acara pertandingan keilmuwan sebegini. Marilah kita berusaha bersama-sama untuk membawa pertandingan debat intervarsiti ini ke bumi Melaka!

Alumni Debat UTeM.

Read more...

Thursday, January 21, 2010

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2010 KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


Pada 12 Januari 2010, Kelab Debat dan Pidato Bahasa Melayu UTeM telah menghadiri ke Majlis Amanat Tahun Baharu 2010 Kementerian Pengajian Tinggi yang bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Wakil kelab yang terlibat terdiri daripada 4 orang iaitu 2 orang pelajar perempuan dan 2 orang lelaki. Majlis ini julung-julung kalinya dihadiri wakil kelab sesi 09/10. Antara wakil kelab yang hadir ialah Ahmad Saufi bin Ahmad Jawahir, Mohd Iqbal b. Nor Shamsukamal, Sisszy Anak Unau, dan Rozalia Anak Traval.

Majlis tersebut bermula pada 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Selesai sahaja ketibaan VVIP, persembahan Koir Pengajian Tinggi dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Kecemerlangan Pengajian Tinggi, lagu Malaysia Baru dan bacaan doa. Selesai sahaja upacara tersebut, ucapan Amanat Y.B Menteri dimulakan. Antara amanat beliau ialah tentang program pengantarabangsaan, pembangunan dan kualiti pelajar, kebolehpasaran graduan, Pelan Tranformasi Politeknik, pembelajaran sepanjang hayat dan program transformasi IPTS. Seterusnya, diadakan juga tayangan video korporat, pelancaran Malaysia Soft Skills Scale (My 3S) dan pelancaran Liga Bola Sepak  IPT Piala Y.B Menteri Pengajian Tinggi.

Kesimpulannya, sepanjang majlis amanat oleh Y.B Menteri, kami diberi gambaran mengenai perjalanan program yang akan Kementerian Pengajian Tinggi akan jalankan pada tahun ini. Kami berharap agar pelajar-pelajar lain dapat diberi pendedahan yang sama untuk membuka minda mahasiswa mengenai kepentingan perancangan dan pengurusan aktiviti dijalankan.

Selayang pandang Majlis Amanat Tahun Baru 2010 bersama Mohd Iqbal b. Nor Shamsukamal, Biro Teknikal & Logistik KDP.


Read more...

Thursday, January 14, 2010

Kembali! Pertandingan Debat Terbuka 2010




Read more...

Wednesday, January 13, 2010

Khas untuk Bakal Calon @ Calon Pemilihan MPP UTeM 2009/2010

Assalamua'laikum dan salam sejahtera.

    Diharapkan kepada pihak yang berkenaan, semoga mengambil perhatian dengan perkara yang bakal disampaikan ini.


    Tidak lama lagi, akan berlaku pemilihan MPP UTeM untuk sesi ini. Pihak KDP UTeM amat mengharapkan agar calon-calon MPP dapat memanfaatkan sudut pidato yang telah pun ada di Pusat Persatuan Pelajar (PPP) untuk mengasah dan melatih kredibiliti diri anda apabila mengadakan rapat umum mahupun kempen.


   Selalunya, apa yang berlaku ialah calon-calon MPP yang lepas kebanyakan dan majoriti gagal memanfaatkan ruang yang ada. Kebanyakan mereka takut untuk berkempen berhadapan dengan para pelajar, sebaliknya hanya mengharapkan rakaman video yang diulang tayang dan poster-poster bisu yang digantung untuk mempromosikan diri mereka.


   Harapan pihak KDP UTeM kali ini, semoga pemilihan kali ini merupakan pemilihan yang hidup suasananya, tidak bisu kempennya dan tidak bosan untuk diikuti oleh para pengundinya. Jika anda hendakkan undi para pelajar, anda sendiri perlu mendedahkan diri dan rapat dengan pelajar. Biarlah para pengundi mengundi kerana tahu siapa anda, jangan kerana hanya rupa anda, bukan kerana bangsa anda semata, bukan hanya  calon ditanda semata-mata atas arahan pihak universiti sahaja, bukan kerana nasib anda. Biarlah kali ini andalah calon-calon MPP yang diyakini karismanya, diketahui kredibilitinya dan dibenci kerana kesungguhan dan kelebihan anda. Kalau sedemikian, maka andalah calon pilihan, bukannya calon yang "terpilih" seperti kebanyakan pihak-pihak yang lepas.


   Kalau anda perlukan bantuan dan khidmat nasihat mengenai penyampaian, anda boleh rujuk kepada pihak kami. Kami sedia membantu anda...

~Biro Pengurusan Pendebat~

Read more...

Wednesday, January 6, 2010

Kepimpinan Baru Kelab Debat & Pidato UTeM 2009/2010

Akhirnya, dengan restu dan rahmat Ilahi, AGM KDP 2009/2010 telah dapat dilaksanakan setelah beberapa halangan berlaku semasa perlaksanaan AGM pada tarikh-tarikh sebelumnya. Maka, setelah pembubaran kepimpinan KDP UTeM 2008/2009, inilah gabungan muka-muka lama dan baru pada sesi kepimpinan kali ini.

Majlis Tertinggi
Pengerusi : Ahmad Ibrahim bin Yazirruddin
Timbalan Pengerusi : Radin Puteri Hazimah binti Radin Monawir
Setiausaha : Nur Sufiah Akmala Binti Ramdan
Bendahari : Nurul Artikah bt Mohd Shamsuddin

Biro-biro
Latihan & Pertandingan : Norsyareman bin Che Azmi, Nurfarahana bt Simun 
Program : Sisszy Anak Unau, Ahmad Saufi bin Ahmad Jawahir
Komunikasi & Multimedia : Muhammad Azim bin Che Ali, Nik Mohd Fakrudin bin Nik Mat
Pengurusan Data & Penerangan : Rashid Hafizi bin Ismail, Muhammad Sidek bin Sadli
Bahasa Inggeris : Cecilia Contessa Balakrishnan, Rozalia Anak Traval
Publisiti & Promosi : Thailis Bounya Anak Ngelayang, Liz Sharaziman bin Ramli
Teknikal & Logistik : Mohd Iqbal b. Nor Shamsukamal, Muhammad Fathullah bin Ya’kob
Pengurusan Pendebat : Nor Syuhada binti Che Khalid, Norafifa binti Khairi, Anita binti Berahim

Jadi, kepada semua ahli dan alumni KDP UTeM, segala urusan pengurusan kelab sila rujuk kepada kepimpinan baru kali ini. Mewakili mantan kepimpinan KDP 2008/2009, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong termasuklah alumni, staf-staf UTeM dan sahabat-sahabat barisan kepimpinan sekalian. Saya memohon maaf kepada semua jika terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan kerana yang baik itu daripada Allah manakala yang buruk pun berlaku atas ketentuanNya, namun bersandarkan kepada kelemahan sendiri. Selamat maju jaya kepada kepimpinan baru KDP UTeM 2009/2010.

Sekian, terima kasih...

~Mantan Pengerusi KDP UTeM 2008/2009 merangkap Biro Pengurusan Pendebat KDP UTeM 2009/2010~

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP