Thursday, January 21, 2010

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2010 KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


Pada 12 Januari 2010, Kelab Debat dan Pidato Bahasa Melayu UTeM telah menghadiri ke Majlis Amanat Tahun Baharu 2010 Kementerian Pengajian Tinggi yang bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Wakil kelab yang terlibat terdiri daripada 4 orang iaitu 2 orang pelajar perempuan dan 2 orang lelaki. Majlis ini julung-julung kalinya dihadiri wakil kelab sesi 09/10. Antara wakil kelab yang hadir ialah Ahmad Saufi bin Ahmad Jawahir, Mohd Iqbal b. Nor Shamsukamal, Sisszy Anak Unau, dan Rozalia Anak Traval.

Majlis tersebut bermula pada 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Selesai sahaja ketibaan VVIP, persembahan Koir Pengajian Tinggi dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Kecemerlangan Pengajian Tinggi, lagu Malaysia Baru dan bacaan doa. Selesai sahaja upacara tersebut, ucapan Amanat Y.B Menteri dimulakan. Antara amanat beliau ialah tentang program pengantarabangsaan, pembangunan dan kualiti pelajar, kebolehpasaran graduan, Pelan Tranformasi Politeknik, pembelajaran sepanjang hayat dan program transformasi IPTS. Seterusnya, diadakan juga tayangan video korporat, pelancaran Malaysia Soft Skills Scale (My 3S) dan pelancaran Liga Bola Sepak  IPT Piala Y.B Menteri Pengajian Tinggi.

Kesimpulannya, sepanjang majlis amanat oleh Y.B Menteri, kami diberi gambaran mengenai perjalanan program yang akan Kementerian Pengajian Tinggi akan jalankan pada tahun ini. Kami berharap agar pelajar-pelajar lain dapat diberi pendedahan yang sama untuk membuka minda mahasiswa mengenai kepentingan perancangan dan pengurusan aktiviti dijalankan.

Selayang pandang Majlis Amanat Tahun Baru 2010 bersama Mohd Iqbal b. Nor Shamsukamal, Biro Teknikal & Logistik KDP.


0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP