Bersungguh cinta 1 – Matinya hati
8 years ago
Syukur, debat terbuka UTeM akhirnya melabuhkan tirai dengan jayanya pada petang tadi. Selaku barisan juri dan juga alumni debat UTeM sekalung aprisiasi yang tidak terhingga buat mereka yang bertungkus lumus menjayakan siri debat ini. Tanpa usaha yang tekun saya percaya pertandingan debat ini tidak mampu dilaksanakan seperti yang direncana. Tambahan pula waktu persediaan yang cukup terhad dan segala tribulasi yang diharungi, pastinya memerlukan ketabahan dan kegigihan yang jitu kepada warga kerja pelaksana dan pengerak. Tahniah dan terima kasih sekali lagi. Buat peserta-peserta debat kali ini, bagi saya tiada siapa diantara anda yang kalah. Anda semua telah menang dan menjadi juara! Perhatilah betapa sebanarnya anda semua telah menerobos sempadan diri anda. Dalam waktu hujung minggu yang rata-ratanya ramai daripada kalangan kenalan-kenalan anda berhibur dan merehatkan diri, anda bangun dan keluar daripada zon selesa. Anda mengerah minda dan jasmani anda untuk berfikir dan bereksperimantasi dengan tahap kekuatan nilai keintelektualan anda. Hasilnya, anda mampu melakukannya. Lihatlah jika sebelum ini anda pastinya tidak pernah dengan begitu serius membicarakan dan menzahirkan pemikiran anda dengan mengupas isu-isu yang berat, tapi kini anda telah buktikan yang anda mampu melakukannya! Bagi pihak jawantankuasa kehakiman dan teknikal perdebatan(tidak ada secara rasmi), saya percaya, mutu penghakiman kali ini amat memuaskan namun masih ada ruang yang perlu kita perbaiki. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En Arman, En Azhar dan En Faizal yang sudi melapangkan masa dan buah fikiran sepanjang menjadi hakim dalam siri debat kali ini. Kehadiran pegawai-pegawai ini telah menjadi faktor pengimbang yang secara terus memastikan penghakiman kali ini adalah telus dan berintergriti. Adalah diharapkan tidak ada cakap-cakap belakang yang mengatakan pihak juri telah mengatur gerak pertandingan debat terbuka ini. Secara keseluruhannya, saya percaya, sudah tiba masanya untuk UTeM mula menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah untuk pertandingan intervarsiti. Kita telah mempunyai prasarana dan sumber manusia yang cukup dan berkebolehan untuk mengurus dan menjayakan acara pertandingan keilmuwan sebegini. Marilah kita berusaha bersama-sama untuk membawa pertandingan debat intervarsiti ini ke bumi Melaka!Alumni Debat UTeM.
© Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP
1 comments:
..dan seluruh komuniti mendoakan iltizam UTEM berjaya hendaknya
amin ;)
Post a Comment